Monday 4 March 2013

Genap 40 Hari Pemergiannya...

Salam mok....
Hari ni genap 40 hari dah Mok pergi meninggalkan kami semua. Jan rindu sangat dekat Mok. Rasa mcm baru semalam je Mok pergi meninggalkan kami.

Sampai sekarang, jan xpernah lupakan Mok, xpernah lupakan saat2 menjaga Mok. Jan xpernah lupa pun sume tu Mok, biar la Jan sibuk cm ne pun, tp memg xpernah lupa...

Lepas Mok xde, rasa lain sangat Mok, xdop dh org nak masak makanan kegemaran Jan. Kalu Mok ade, Jan kabo je Jan nk mkn nape, mesti Mok tlg masakkan. Jan rindu sangat nak mkn ikan patin masak tempoyak Mok, rindu nok mkn nasi dagang Mok. Mok pun tahu kan Jan xsuka mkn nasi dagang kecuali nasi dagang tu Mok sendiri yg buat. Sume benda yg Mok masak Jan rindu sebab Mok masak sedap..:)

Hmm... ada lagi yg lain Mok, lpas Mok xdop..

Kalu g rumoh Mok, kalu nk cari brg nape2 memg sush nak jmpe sebab Mok yg simpankan, so Mok je lah yg tahukan. Haritu jan cari brg, tapi Jan xjmpe dan samapi trsilap pggl Mok, padahal Mok xdop dh..:(
Tp wse cam Mok ade lg smpai slp pggl..

Mok, Jan thu jan slh, xleh wat gnie, sebab rasa cam Mok ada lg. Tp bg la Jan masa untuk suaikan diri dgn keadaan ni..

Ye, memg Jan wse Mok ade lg tp dlm HATI ni...Mok tetap dlm HATI Jan...

Mok, Jan nk Mok thu yg kami semua xpernah lupakan Mok sebab kami semua sentiasa ingat Mok dalam doa kami..:)
Semoga Mok Aman Disana...Amiinnn..

Monday 28 January 2013

TaHuN 2o13 TiTiPaN tErAkHiR bUaT nEnDa TeRsAyAnG

TAHUN 2013 TITIPAN TERAKHIR BUAT NENDA TERSAYANG

Beliau amat disegani oleh semua orang dek kerana sikap ramahnya yang suka bercakap dan menegur sesiapa sahaja, walaupun beliau tidak mengenali sesiapa pun. Beliau juga dikenali ramai kerana masakannya, sesiapa yang suruh beliau masak beliau pasti tidak akan menolak, itu lah salah satu sikapnya yang ramai orang suka, kalau orang mintak tolong, beliau pasti akan tolong walaupun diri sendiri sakit.

Beliau lah Nenda yang ramai orang segani......

17/01/2013 (khamis)
Namun begitu, Yang sihat pasti akan sakit dan yang hidup pasti akan mati, pada 17/01/2013 pukul 4.00 pagi, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan daripada ibu saudara aku yang mengatakan mok (panggilan aku kepada beliau) telah dimasukkan ke hospital akibat lelah teruk. Pada pukul 9.00 pagi aku dan ibu saudaraku telah pergi ke hospital untuk melawat beliau. Alhamdulilah, masa berada di hadapan beliau, beliau masih boleh bercakap tetapi penglihatannya agak terjejas sedikit tetapi itu tidak menghalang beliau untuk terus bercakap, seharian menjaga beliau, dapat dilihat, sedikit demi sedikit perubahan pada keadaan beliau, penglihatannya makin terjejas, dengan lelah yang teruk dan bila makan, makanan tersebut tak dapat ditelan, aku juga telah dimaklumkan oleh doktor bahawa Mok tak boleh minum banyak air kerana paru-parunya mengandungi banyak air dan setiap pengambilan air harus disukat, Oleh itu, kami semua telah sepakat untuk menjaga beliau setiap hari, dan pada hari ini giliran adik aku menjaga beliau pada waktu malam.

Sebenarnya aku masih terkejut sebab masa 15/01/2013 (selasa), mok sempat ajar aku wat pulut kuning, niat   aku nak bagi kat pensyarah-pensyarah aku, xsangka mok nk tolong, pada mulanya nak suruh mok yang buat tapi mok cakap belajar buat sendiri, aku ok je...aku belajar step by step dari A to Z..
xsangka tu hari terakhir aku tido ngan mok, borak-borak ngan mok..memg xsangka...dan pada hari pertama aku g melawat die..xsempat aku tanye khabar pun, die dulu yang tanya aku 'jan, pulut kuning cukup tak???'...tu lah soalan pertama yang keluar dari mulut die...tengoklah...sakit-sakit pun masih fikirkan pasal orang lain...terharu!!!

18/01/2013 (jumaat)
Pada hari ini, aku telah dimaklumkan yang keadaan beliau semakin merosot, badannya menjadi sangat lemah, dan sebahagian badannya disebelah kiri dah tak boleh berfungsi lagi. Penglihatannya juga makin terjejas dan percakapannya menjadi kurang jelas. Pada waktu petang pula, keadaan beliau makin teruk kerana beliau memang dah tak larat untuk bangun untuk ke tandas dan sebagainya, beliau hanya mampu untuk terbaring diatas katil. Pada hari ini adalah giliran kakak dan adik aku menjaga beliau pada waktu malam, dan aku telah dimaklumkan keadaan Mok semakin teruk kerana lelahnya yang teruk.

19/01/2013 (sabtu)
Pada waktu pagi, Keadaan mok seperti semalam, hanya terbaring di atas katil, badan nya semakin lemah tetapi masih boleh mendengar dan bahagian belah kanannya masih boleh digerakkan...
kami semua amat teliti semasa menjaganye sebab tak nak apa-apa terjadi pada dirinya.
Namun begitu, pada waktu petangnya, keadaan mok semakin teruk apabila doktor memaklumkan, mok terpaksa memakai tiub untuk saluran makanan kerana mok dah tak boleh telan apa-apa makanan lagi, mok cuma boleh minum susu je, tiub itu di salurkan melalui hidung....
Ya Allah, dapat bayangkan, betapa sakitnye mok pakai tiub tu,...
Pada waktu malamnya pula, giliran Ibu n Pok Mie yang jaga....sepanjang Ibu n Pok Mie jaga, tak ada pulak dieorang bagitahu pape pasal mok...so tunggu pada keesokan harinya pulak.

20/01/2013 (ahad) dan sehingga 24/01/2013 (khamis)
Tak di sangka2 semasa Ibu n Pok Mie jaga mok, ade masalah sebenarnye....
mok cabut tiub makanan die...mungkin sebab die rimas kot, tapi mok memg berani buang tiub tu..kalu ikutkan sakit gak tu..
selepas beberapa kali dah mak buang tiub tu,...pihak hospital tak ada pilihan lain selain mengikat tangannye kerana takut bahagian saluran luka kerana banyak kali keluar masukkan tiub tersebut...tetapi mok tak mengalah, sentiasa cuba untuk buka ikatannya...akhirnya mok mengalah jgak sebab dah tak larat dah...

Hari demi hari, keadaan mok semakin teruk sehinggakan mok xdapat minum langsung....setiap masa, mok selalu sebut dahaga, dahaga, dahaga...sape yang sanggup tengok die dalam keadaan macam tu..mintak air tapi tak boleh nak bagi, cuma boleh bagi basah kan bibir je, mok xboleh minum sebab masa nurse nak bagi minum susu, tiba-tiba keluar cecair hitam dari saluran tu, so mok terpaksa tahan sehingga cecair tu betul-betul dah tak ada baru boleh minum susu. Seharian dia tak boleh minum...memang xsampai hati, bila basahkan bibir dia, memang mok nampak dahaga sangat-sangat.

Pada hari-hari seterusnya pulak, doktor buat check up kat mok... nmpk macam ada masalah sikit sebab mok kene buat ct scan sume, check jantung..
lpas doktor check sume doktor cakap otak mok belah kanan dah xberfungsi sangat,...
Dan sebab itu la yang menyebabkan mok jadi strok sebelah kiri....
untuk menghalang sel mati itu merebak pada otak sebelah lagi, doktor sarankan membuat operation pada otak, so pada malam tersebut, doktor nk buat emergency operation kerana keadaan mok yang semakin teruk, tetapi itu semua tak semudah yang disangkakan, doktor cakap risiko nya sangat tinggi kerana mok ade masalah jantung, jantung mok lemah sangat, kalu operation ni diteruskan jugak, sebarang kemungkinan boleh berlaku, doktor cakap mungkin masa mok dalam keadaan bius, bila-bila masa jantung mok boleh berhenti dan kalau operation tu berjaya doktor pun tak jamin sampai bila mok boleh bertahan. Lepas dapat persetujuan dari keluarga semua dan mengambil tandatangan, doktor g buat persiapan untuk operation, kami semua hanya mampu berdoa, tawakal dan redha walaupapepn yg trjadi, tetapi selepas beberapa ketika, doktor datang semula dan bagitahu pihaknye trpksa membatalkan operation trsebut kerana keadaan mok yg teruk dan pihaknye tak nak mengambil pape risiko, ok!! kami semua berasa lega sikit..

Keesokan harinya, pada 22/01/2013 (selasa), keadaan mok makin merosot, bila orang panggil die, langsung tak ada respon, seluruh badannya dah xberfungsi, pada pagi itu, semua doktor pakar mari tengok keadaan mok.doktor cakap keadaan mok makin merosot, otak nye semakin membengkak, sayu hati ni tengok keadaan mok mcm tu...tak ada lagi kedengaran suara mok, tak ada lagi anggukan daripada mok, mok jugak dah xleh buang air mcm biasa, terpaksa pakai tiub jugak sebab dalam badan ada banyak air, sungguh aku tak sanggup tengok keadaan mok..
selepas doktor pakar datang tgk mok tadi, datang lagi doktor lain yang tgk keadaan mok, boleh dikatakan sepanjang mok masuk hospital ni, mok memang menjadi tumpuan doktor-doktor n doktor-doktor pelatih. tapi aku tak berapa suka bila doktor ni mari..sebab dia bagi cadangan yang membuatkan tokki aku rasa serba salah dan berbelah bahagi bila dia bagi cadangan untuk guna mesin pernafasan kat mok sebab nak rehat kan otak mok yg semakin bengkak dan membesar, mesin pernafasan ni kiranya mok aku akan bernafas menggunakan mesin tu, or boleh dikatakan mok aku akan bergantung pada mesin tu sahaja. Memang susah tokki aku nak wat keputusan macam ni, doktor suruh tokki aku bincang dengan anak-anak die. lepas bincang semua, keputusan telah dibuat dan tokki aku setuju untuk pasang mesin tu. tokki aku macam dah pasrah, die cuma cakap, 'saya serahkan semuanya pada doktor, buat yang terbaik je'...aku xleh nk cakap pape sebab aku tak de hak, doktor wat mcm aku ni budak-budak, bile dtg wt check up je, tnye aku ni sape, ckp cucu je, terus senyap, ckp ngan tokki aku je..xpatut kan!!!aku berhak jugak nak tahu keadaan mok....
Dalam pkul 11 pagi, salah sorg doktor mari, die cakap die yang akan handle pasal mesin tu, so die tanye sekali lagi betul tak nak wat mesin tu..bila dah confirmkan, die explain balik pasal risiko-risiko atau kesan-kesan bila pakai mesin tu. Lepas doktor dah explain semua tu, die mintak kebenaran untuk teruskan wat keje die tu...
Masa die nak pasang mesin tu, hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku masa tu, katil mok dipindahkan, mesin renjatan elektrik dikeluarkan untuk persediaan kata doktor..Semasa doktor tengah pasang mesin tu, kakak n mak sedara aku datang untuk tgk keadaan mok, dieorang pun agak terkejut bila mok pakai mesin tu...Lepas beberapa minit, doktor dah siap pasang mesin tu, Alhamdulilah, xde sebarang masalah bila doktor pasang mesin tu..
Tetapi sedih bila tengok keadaan mok mcm tu, dekat tangan ade wayar, dekat mulut ade tiub besar..entah sakit entahkan tidak...tak sangka mak kena lalui dan rasai semua itu,..aku tahu, mok sakit, walaupun mok xde respon mase doktor wat masuk tiub tu...
Selepas beberapa jam mesin tu berfungsi, Subhanallah....mok dh sedar, die dh boleh gerakkan tangan kanan die, die dah celik mata...alhamdulilah, bersyukur sangat-sangat...
Doktor cakap mok kuat semangat, selain itu, mok boleh bergerak pun sebab otak die berehat.. Mok dah boleh minum susu guna tiub mcm biasa...

Keesokan hari plak pada 23/01/2013 (rabu), waktu pagi, aku xg tengok mok sebab pada hari ni giliran aku yang jaga mok pada waktu malam, so petang dalam pukul 5 aku g hospital.. Sampa-sampai je hospital, masuk dalam wad, tgk langsir kat katil mok ditutup, rasa dah xsedap hati ni.. xtahu doktor wat ape sebab bau mcm ubat bius untuk surgery...lepas beberapa minit, langsir dibuka, kami cepat-cepat g tgk mok, terkejut tgk, byk darah kat katil mok n ade wayar kat tengkuk mok... Then, ade doktor mari, die explain ape yg doktor wat dekat mok... Die tebuk tgkuk mok aku, katanya saluran untuk tgk berapa banyak air dlm badan mok tp aku xsure wayar tu sampai ke jantung or pinggang.. Satu lagi kesakitan yang terpaksa mok tanggung.. Pada waktu malam aku yang jaga, aku ditemani bersama sepupu aku...mak long aku pun ade jenguk mok sekejap dan berjumpa doktor untuk tanye keadaan mok.. Lepas tu ade doktor bius mari tgk mok...die panggil-panggil mok tapi mok xde respon...sekali lagi doktor cakap keadaan mok mkin merosot.. dan doktor akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa..lepas doktor bius tu beredar, datang pulak doktor x-ray, die nak x-ray mok sebab nak tgk keadaan wayar yang dipasang petang tadi...tapi yang aku bengang sekali, lepas siap x-ray, doktor x-ray tu tertarik wayar yang kat tengkuk tok aku tu..memang aku bengang sangat, boleh pulak die cakap memang mcm wayar mcm tu, aku wt senyap je, aku wase xsedap hati, aku panggil nurse, aku tnye nurse 'wayar ni memg mcm ni ke tadi??'...hmm, nurse tu pun cakap 'tak' wayar tu dah terkeluar.... satu kerja plak nak kena wat masuk balik n sekali lagi mok rasa sakit...doktor tu memg cuai...memang aku xpuas hati!!!!
Sepanjang jaga mok pada malam tu, xtahu kenapa mata aku n sepupu aku ni langsung xmengantuk, kami brgilir-gilir ajar mok istighfar, bacakan yassin, bisik-bisik kat telinga mok, panggil nama mok, mok angguk, ade respon, alhamdulilah...kami berterusan wat mcm tu memang langsung xtdo, kami perhatikan mok je, sentiasa disisi mok, tatap wajah mok, urut mok, lap badan mok, tengok doktor check mok, semua bendalah kami perhatikan, sampailah ke waktu pagi pada 24/01/2013 (khamis) aku jaga mok smpai pkul 9, aku n sepupu aku sempat lapkan badan mok, tukar baju mok n aku sempat bagi mok minum susu dengan tangan aku sendiri...doktor mari check pun, mok ade respon, doktor cakap ok, aku rasa lega sangat..
Lepas tu kakak n mak sedara aku mari, untuk bertukar jage mok, giliran aku plak balik berehat...
Selepas 1 jam lebih aku balik, aku dapat panggilan daripada kakak aku, die suruh col sepupu aku datang balik kat hospital sebab jantung mok semakin lemah, bila-bila masa je mok boleh pergi, aku terkejut sangat, rasa macam tak percaya sebab pagi tadi mok ok je...
Lepas tu aku terus col sepupu aku,...
Selepas aku bersiap-siap nak g hospital, pak sedara aku duduk kat aku, die cakap mok dah xada, Ya Allah, rasa nak tercabut jantung ni...aku tak percaya sampai la aku tengok dengan mata aku sendiri..kakak aku cakap nadi mok semakin lemah, lepas doktor cabut mesin tu, mok pergi dengan tenangnye..tak dapat aku tahan lagi kesedihan ni..tak sangka yang semalam adalah malam terakhir aku jaga mok, malam terakhir aku menatap wajah mok
Yang paling sedih, mok meninggal pada tarikh hari jadinya, terkilan sebab xsempat ucap selamat hari lahir kat mok, mok meninggal dalam keadaan yang tenang, pada hari yang baik dan bulan yang baik....kami semua redha dengan pemergian mok, terima kasih sebab bagi jan dan kami semua peluang untuk jaga mok, terima kasih banyak-banyak mok, mok sentiasa ada dalam hati kami..

Nenda kami yang tersayang,
Semek @ Hasmah Binti Daud
24/01/1945 - 24/01/2013
semoga mok tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amiin!!!
Al-Fatihah



Friday 14 December 2012

LAST DAY WIF CIK MIMI

CIK MIMI NABILA

Mula2 kenal Cik Mimi mse sem 3, sbjek Teknologi Makanan... Mse !st day msuk kls Cik Mimi tkt jgak, cm garang je kn, tp ble dh wt sesi perkenalkn diri semua, friendly rupenye Cik Mimi ni... n the best part is.. Cik Mimi ske Ketawa n Senyum Meleret je sepanjang mengajar.. Best la.. blaja pn xtension, xpe la, xnk cter byk2 sgt..hehe

haa.. ni la Cik Mimi

cter sem 4 plak... Cik Mimi ngajar sbjek Air Rekreasi tp 1 mggu je sbb ade Pensyarah lain yg ganti n sbb Cik Mimi dh nk quit...sedey....

last day wif cik mimi sbb kteorg dh nk cti sem

sedikt cenderahati kenangan drpd kami KP SEPT 10

setiap ilmu yang telah cik curahkan kepada kami xkan kami lupakan, Insyaallah
Terima Kasih Sebab telah mendidik Kami selama ini, hanya Allah yang mampu membalasnya..
p/s: kenangan SEM 3 n SEM 4 KP SEPT 10



SEM 4~

SEM 4

Sem 4, sem terakhir kami berada dkt kolej, dgn 9 sbjek, byk pengalaman yg kami lalui sepanjang berada di sem 4..bru 1 mggu msuk sem 4, kami dh menyibukkan diri kami dgn aktiviti persatuan yang bru shj ditubuhkan. Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran. Antara kami berenam, 4 org yg di lantik menjadi AJK di dalam persatuan, memg byk pengalaman yg kami lalui sepanjang menguruskan persatuan, dengan nk handle bermcm2 kerenah junior2, hndle bju, tnsport, mknan, cenderahati n mcm2 lg, walaupapepn semuanya berjalan ngan lancar.. Akhirnye ape yg dirancang tetap brlgsung walaupn byk kekurangannye.. 19/4/12 ni lah tarikh yg xkn dilupakan, hasil kerjasama kami semua trjdnye program Family Day KP n KKP yg dirancang selama 1 bln wlaupn byk mslh dri phk atasan... Alhamdulilah... Walaupn simple, puas n hepie dpt tgk wajah2 ceria pensyarah2 n semua stdnt2 yg hadir...


ni lah kami semua, 2 kursus yg berbeza tp 1 jabatan

Pasal persatuan dh selesai, now... Time to FOCUS pd pelajaran plak.. Hmm 9 sbjek.. Memg byk tp ok la untuk sem ni.. Kebanyakannye simple2 je, xpening kepala sgt.. Boleh dikatakan sem ni kami santai2 la ckit kls pn xpadat sgt, jadual byk kpd amali je.. Tu la yg best, blh la blik awl, rilex2 n siapkn keje ape yg ptt.
Sem ni jgak byk yg kami blajar benda bru, cnthnye asgnmnt... Subjek Pengurusan Sisa Pepejal kami kena reka sesuatu dengan menggunakan bahan terbuang, Subjek Toksikologi Persekitaran kami kene buat Poster mengenai penyakit Minamata dan Itai-Itai yang disebabkan oleh bahan toksik, Subjek Pendidikan Kesihatan Persekitaran kami kena buat Pamplet mengenai Penyakit Berjangkit atau Penyakit Tidak Berjangkit dan Buat Video Pendidikan Kesihatan, Subjek Pencemaran Persekitaran plak byk yg kami blajar mengenai alat2 dkt makmal.

haha... Ni la gmbr projek aku n Kak Nora

pejam celik pejam celik, sekejp je mse berlalu, kami dh nk final exam pn.. rase mcm cpt sgt, mungkin sebab kami main2 sgt kot smpai rse mcm ni, xprcaya dh nk final exam n akan berpraktikal plak. Di hari2 trakhir kami di kolej, kami manfaat kn sebaik mgkin dgn membuat revision dn meminta tips dgn pensyarah.

minggu akhir kuliah kami di sem 4

sempat lg kami snap2 dengan cik emy

dengan en. jemey pn sempat snap..huhu

dpt snap ngan cik najibah..hehe

hari yang pling stdnt2 semua takutkan dh mai dh..... FINAL EXAM

stdy2... favourite sbjek, Toksikologi Persekitaran

Pengurusan Sisa Pepejal, FAvourite jgak tp xdpt nk trget

selesai final exam...MERDEKA!!!
tggu result la plak..








Friday 8 June 2012

sem 3~

SEM 3
xsangka...sggh cpt masa berlalu...pejam celik pejam celik..dh msuk tahun ke dua aku blaja kt cnie....
sem ni best ckit xde mggu PO..tp 1st week dtg jgak klej sbb nk p ambk jadual n result...
sem 2 alhamdulilah...xde jgak subjek yg kene repeat..aku bersyukur ngan ape yg aku dpt...menaik jgak ckit result aku drpd result yg sblm ni...tp amat mngejutkan jgak bg aku dgn result kwn2 aku yg lain...semunye jatuh merudum kecuali k.nora yg still maintain ngan resultnye....

sem 3 ni ok lh ckit kot..jadual xbrape padat sgt...sbjek pn tetap sama..8 jgak...sbjek2 pn blh tahan...higen industri, teknologi makanan, penilaian risiko kesihatan, sistem pengurusan kesihatan persekitaran, pengenalan kepada kesihatan pekerjaan, prosedur perundangan, pengajian malaysia dan pengajian islam....

sem ni agak mencabar jgak sbb ade blaja law...byk akta yg nk kne ingt...pning2...

tp ade byk lg tugasan yg mencabar...kami terpaksa wt keje luar sndri...cek premis makanan n wt soal selidik la..1st time lh wt sume tu..tkt jgak..kdg2 org ni xbrpe sporting sgt..tp alhamdulilah..stkt ni sume keje blh diselesaikan dgn senang..

subjek yg pling aku minat...mstilah higen industri..aku pn xthu knpe aku minat sgt...kalu blh nk trget A untk sbjek ni...

sem 3 ni memg xde byk mslh sgt cm sem2 yg sblm ni...memg xde tekanan sgt la....

sumenye brjalan lncr smpai lah masa untk final..

cume yg pling bmbg sbjek law dan pengajian malaysia....

 mood final exam...^_^


spnjang final memg kami xleh duk diam...keluar dewan je trus jmpe lec...brkongsi ape yg kami rase n ape yg kami jwb kt dlm dewan tu

ble blik hostel plak...handphone lak jd mangsa...duk taip2 msj tnye lec..'cik2 mark x lg paper???lulus blake ke??' hahaha...memg kelakar r...xleh duk diam lgsg...msing2 duk gelisah blake...

smpai ke ngah cuti sem pn still cntct ngan lec lg..duk tnye sal result...

kirenye memg xleh duk diam r...hndphone sntiasa ditgn sbb nk thu result...

sampai lh satu hari...kwn aku msj...die ckp result dh kuar...siap ambk gmbr lg...

ni lh result kami..alhamdulilah..sume meningkat..

aku pn trkejut tgk result aku...tp yg pling aku hepie...trget A aku untk sbjek higen industri brjaya jgak wlaupn hnya dpt A-...yg pling trkejt..dpt satu lg A- untk sbjek pengenalan kepada kesihatan pekerjaan...alhamdulilah...bak kata pepatah..usaha itu tgga kejayaan..kalu kite berusaha pasti akn ade hasilnye..

terima kasih kepada semua lec yg telah byk mencurahkan ilmu kpd kami..kami amat menghargainya...

jmpe lg kite di sem 4..^_^

sem 2~

SEM 2
selepas berakhirnya sem 1, maka bermula lah kembali sem baru untuk sem 2...jujur lh...sem ni wse tergugat ckit...result sem 1 xok sgt kn..wse trgugat ngan kwn2 lain...ade yg dpt dekan.n yg bestnye dieorg dpt e-purse..aku xdpt la sbb result under 3..emm tp tu sume xpthkan semangat aku...kehidupan mesti diteruskan..

masuk sem 2 ni...cm bese..ade mggu PO semggu tp xsume lec msuk...ade 2 3 org je yg msuk mse mggu PO ni...agak bosan la jgak..lec msuk kejap je..introduce sbjek then trus keluar...

sem ni cm bese...ade 8 subjek gak..: anatomi dan fisiologi, ergonomik, mikrobiologi persekitaran 2, bekalan air dan pengurusan kumbahan, biostatistik, kawalan penyakit dan epidemiologi, bahasa kebangsaan A dan fiqh ibadat...emm sem ni biostatistik lh yg pling sush...bab2 mengira ni memg xske r..low ckit...

selepas mggu PO, mggu seterusnya bermula lh sesi pengkuliahan seperti biasa...hmm tp awl2 msuk dh ade prob plak...

dgr2 mustakim plak nk brhenti...dpt tawaran keje ngan SPA....hmm...bakal hlg sorg lg kwn...dh la die yg pling crdik lam kls...pljr harapan lec...

tapi nk wt cm ne..kami xleh nk halang....dh 1 sem knl...die pn baik, x kedekut ilmu...memg trase sgt ble ye nk berhenti...tp yg pling trse msti lh afiq...sbb dieorg memg rapat..g mane2 pn sme2...dh cm adk brdk...

mggu ke dua pengkuliahan...memg wse suram sgt kls aku...xseceria dlu...ye lh..mustakim dh xde...kalu mustakim ade..die lh penceria suasana...memg aku ingt lg...time ni..sume org diam je....cm ade khilangann yg bsar....blh nmpk sume prubahan..afiq dgn dunianya, wan pn sama.....

hari demi hari, mggu ke mggu....mcm2 yg trjadi....dlu sem 1 mcm2 yg kami dgr...ingtkan dh hbs smpai kt situ tp tidak rupanya....sem 2 ni smkin brlanjutan...bahkan dpn kami sndri kami dtgur 'blur'...tp bgs la tu tgur dpn2...tp sdih la jgak kn...memg sem 2 ni sem yg mendownkan kami sume...

kami pn xthu dimana silapnya...kami dh cuba sdaya upaya untk ubah persepsi dan pndangan2 lec trhadap kami...kami sndri pn memberanikan dri tnya lec..ape kekurangan kelas kami..ape kslhn yg kami dh lakukan...tp lec cme jwb sume ok je...bese la tu...jgn ambk port sgt...nsib baik ade lec yg memahami...kami pn xksh sgt cme xsdap ble dgr2 org sbut psl kls kami...

kami dh cuba ubah sumenye.....sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah S.W.T yg buruk itu dtg dari kelemahan kami sndri...kami akui itu dan akur....

tggl lh kami brenam slepas ketiadaan mustakim


wt keje luar ckit

dgn cik lin...
cik lin byk memberi nasihat n kata2 smgt kt kami..
 
 

Thursday 7 June 2012

Kp Sept 10

KP SEPTEMBER 2010
SEM 1
ni lah nama kelas n intake aku...kp sept 10 yg hanya ade 8 org satu kelas...ok lah tu 8 org drpd xde lgsg kn...
maka bermula lah sem 1 kami di cnie....mula2 msuk kls memg tkt ckit dengan jadualnye yg padat n subjek2 yg agak mencabar jgak......fuhh!!! 8 sbjek plak tu..fizik, kimia, matematik, bahasa inggeris, pengantar akidah, mikrobiologi persekitaran 1, prinsip kesihatan persekitaran dan sains persekitaran...blh tahan sush la jgak...sbb xde basic fizik n kimia....hehe..so dalam masa yang sama kami semua berkenalan lah antara satu sama lain...afiq, wan, mustakim, fatihah, k.nora, natrah n ayink...sumenya baik2 n ramah...mula2 memg r sume malu2 lg tp lama2 sume dh ok...dh byk ckp...

tetapi jumlah 8 org kelas kami xkekal lama bila fatihah nekad untuk berhenti sbb dapat tawaran sambung blaja di tempat lain....wse sdih la jgak sbb bru je nk knl ngan lebih rapat die plak terpaksa pergi...fatihah hanya sempat bersama kami selama dua mggu shj...ni lah dugaan pertama kami sbb trpksa melepaskan seorang rakan sekelas....selepas pemergian fatihah..memg wse lain ckit la kls kteorg sbb dh xde seorang...tp pelajaran harus diteruskan....

selama 16 mggu kami berkuliah....mcm2 suka dan duka kami kene tempuhi....mklumlah...kami sume bdak baru blaja tetapi ade sesetengah pihak tidak memahami kami...selalu nk bandingkan kami dgn senior kami...nama pun senior..memg lh lebih banyak pengalaman dari kami....mcm2 yg kami dgr...kirenye nama kls kami slalu di sebut2 jgak la..tp nk wt cm ne..kami bersabar je dmi pelajaran kami...tetapi kesabaran aku ade hadnye jgak...aku pn nyaris2 nk berhenti tp di halang oleh kwn2 n lec aku....

so aku teruskan jgak smpai lah aku msuk final...tu lah saat yg paling mendebarkan dlm hdup stiap stdent...msuk dewan exam...1st time exam dlm klej....sblm ni sklh je..wse lain ckit...nk dkt smggu jgak lh exam...tp alhamdulilah dpt jwb jgak wlaupn low ckit bab2 mengira ni...terutama fizik n matematik....lpas exam ingtkan dh lega ckit tp x sbb kene tggu result plak...yg pling tkt skali..tkt kene repeat....tkt sgt kot2 dpt pggln dri hep..kirenye mse cti sem tu memg xtenang r..asyk fkir psl result je...tp nsib baik..alhamdulilah r...aku xde paper yg kene repeat..result pn ok la jgak wlaupn low...^_^

ni lah kenangan2 sem 1...cternye pnjg tp diringkaskan...xleh cter full sgt..bhaye...hehe
tp sume kata2 dri pihak tersebut memberikan kami pengajaran dan pengalaman buat kami sume..supaya mematangkan kami dan membakarkan semangat kami lg untuk meneruskan kehidupan kami di kolej ni..

ni lah jejaka2 kls aku..mustakim wan n afiq

natrah, fatihah n ayink...fatihah tu lah yg dh berhenti

aku, natrah n k.nora

ni lah keje kami kalu lec xmsuk lg..^_^

lec yg disayangi..cik lin